Pekan, Istana Abu Bakar: VVIP jemputan Diraja Dato’ Ong Chek Chai, ACP Abdul Azis KPD Kuantan, SAC Dato’ Roslan Bek Ahmad, Dato’ Roman Yek Siew Lee, dan Dato’ Larry Tey Por Yee

24 October 2017, PEKAN: Ketua Penolong Pengarah Narkotik (STING) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed; Ketua Komunikasi Korporat Bukit Aman, Datin Asmawati Ahmad dan Pengarah Siasatan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Rumainor Sarif, dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor SAC K. Kumaran, antara 101 penerima darjah kebesaran sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar, di sini hari ini.

IMG_0117
Pekan: Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor SAC K. Kumaran, Dato’
IMG_0245
Dari kiri: Turut hadir jemputan VVIP ke Istana Abu Bakar, Pekan, Dato’ Ong Chek Chai, ACP Abdul Azis KPD Kuantan, SAC Dato’ Roslan Bek Ahmad, Dato’ Roman Yek Siew Lee, dan Dato’ Larry Tey Por Yee

 

Antara VVIP termasuk penyayi utama Malaysia, Siti Nurhaliza, menerima darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri, bersama Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari.

IMG_0254
PEMANGKU Raja Pahang,Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Mulia-Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah yang membawa gelaran Datuk Seri kepada Penyanyi Tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar.

Enam individu lain pula dikurniakan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) manakala 43 lagi menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang kedua-duanya membawa gelaran Datuk.

Antara penerima DSAP ialah Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Azhar Abdul Manaf; Panglima Wilayah 1 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Jeneral Datuk Marsaleh Hassim; Asisten Ketua Staf Bahagian Perancangan Pertahanan Markas, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Datuk Mohammad Salleh Osman.

Penerima DIMP pula ialah Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuantan, Hassan Abdul Ghani; Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang, Datuk Abdul Walid Abu Hassan; Pengarah Urusan Asia Madam Waffle Sdn Bhd, Datin Seri Linda Chen May Yen dan Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Hidroulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Ir Dr Azuhan Mohamed.

Majlis pengurniaan itu disempurnakan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan turut dihadiri Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

IMG_0011

Berita & infomasi berkaitan:

100 bergelar Datuk Seri, Datuk

https://www.hmetro.com.my/setempat/2017/10/276565/100-bergelar-datuk-seri-datuk

Penerima pingat Pahang digesa bantu rakyat

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/10/341783/penerima-pingat-pahang-digesa-bantu-rakyat

Siti Nurhaliza kini bergelar Datuk Seri

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/siti-nurhaliza-kini-bergelar-datuk-seri-158770

Jailani dahului senarai 100 penerima darjah kebesaran

http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/jailani-dahului-senarai-100-penerima-darjah-kebesaran-1.747247

Advertisements